Bagaimana pula dngan Masa Silam saya?
Bagi memahami hubungan Anda dengan duit, mari imbas kembali sewaktu anda sedang membesar. Kemungkinan besar , persepsi anda tentang duit dibentuk oleh orang dewasa disekeliling anda. Anda mungkin mendapat pelbagai perasaan dan idea tentang duit daripada keluarga anda.
Jika ahli keluarga anda perlu bekerja keras , anda mungkin fikir bahawa membuat duit memerlukan kerja yang banyak dan berjam-jam. Jika ada perselisihan faham tentang duit, anda mungkin rasakan bahawa berbincang tentang duit membuatkan orang marah atau takut. Jika keluarga anda mendapat bantuan kerajaan, anda mungkin rasa sedih, berterima kasih atau malu. Jika anda mendapat duit ketika kecil, anda mungkin rasa seronok atau bersalah. Anda mungkin rasa seronok dengan memiliki duit anda sendiri atau dapat membantu keluarga anda. Anda mungkin marah kerana perlu bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan