Mencari Penerbangan MURAH ?

SAYA NAK LULUS PEREKSA KERAJAAN

Hotels ?

Selasa, 29 Mei 2012

Jimatkan Minyak Kereta Anda

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak Jimat minyak
  • Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
  • Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
  • Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan
  • Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.
  • Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
  • Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
  • Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.
  • Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
  • Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
  • Elakkan menunggu . Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
  • Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

Ahad, 13 Mei 2012

3 jenis pendapatan

3 jenis pendapatan: 

1. pendapatan dari pekerjaan
2. pendapatan Potfolio
3. Pendapatan Pasif

Strategi terbaik adalah mengurangkan pendapatan dari pekerjaan dan meningkatkan pendapatan potfolio dan Pasif, ini bagi membolehkan kita mengurangkan masa bekerja dan lebih masa untuk bersama keluarga dan kita dapat melakukan aktiviti yang kita gemari tanpa mempunyai halangan dari segi masa dan wang.

Kita juga mempunyai masa untuk mengurus potfolio serta pendapatan pasif kita tanpa perlu bekerja. Ini membolehkan kita bersara awal serta mempunyai aliran tunai yg mencukupi untuk menyara diri dan keluarga. Ketika itu berlaku maka kita telah mencapai kebebasan kewangan mutlak.

Apa yang kita buat 9.00am hingga 5.00pm adalah makan,minum kita selepas 5.00pm adalah menambah harta kita.

Jumaat, 4 Mei 2012

Menetapkan Matlamat Anda


Masa depan ekonomi seseorang individu adalah dipetakan melalui strategi kewangan seperti perancangan peribadi seperti pemilihan kerjaya, pengurusan kredit dan perancangan cukai. Strategi ini harus mencerminkan tujuan anda dan direka untuk menutup jurang antara di mana anda berada dan di mana anda inginkan.

KERJAYA PILIHAN
Terdapat ratusan senarai pilihan kerjaya pada masa kini meliputi seluruh bidang kehidupan. Anda tentu berhadapan dengan situasi yang sukar untuk membuat pilihan kerjaya jika anda tidak tahu apa yang benar-benar anda mahukan. Sebahagian besar pendapatan anda dipengaruhi oleh upah dan gaji daripada kerjaya yang dipilih. Melalui pekerjaan, anda memerlukan pendapatan untuk membina hidup, membeli barang dan mendapatkan perkhidmatan termasuk perlindungan insurans, menyimpan dan melabur serta merancang persaraan anda.
ASAS PENGURUSAN WANG
Asas pengurusan wang melibatkan mengurus dan menyemak tabungan. Sememangnya menguruskan aset kewangan merupakan langkah pertama menuju pengurusan yang baik berbanding dengan aset kewangan yang lebih rumit seperti pelaburan dan akaun bersara. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan dan memilih akaun simpanan yang memberikan tawaran yang terbaik. Terdapat pelbagai bank yang menawarkan pelbagai akaun tabungan dengan kadar faedah, caj dan kualiti perkhidmatan institusi perbankan mereka.
PENGURUSAN KREDIT
Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar peminjam pada jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu.  Pengurusan kredit memerlukan pemahaman tentang tujuan meminjam wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika anda menghadapi kesulitan.
PERANCANGAN CUKAI
Setiap orang berhadapan dengan pelbagai jenis cukai untuk dibayar kepada persekutuan, negeri dan pemerintah daerah. Oleh itu, rancangan kewangan peribadi harus melibatkan cukai dan kerja bagi meminimumkan beban cukai individu. Tujuan pengurusan cukai untuk menilai pendapatan semasa dan akan datang seseorang dan mengetahui langkah yang berlainan bagi mengurangkan pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Menguruskan cukai anda dengan baik membolehkan wang anda dipimpin untuk simpanan tanpa memerhatikan tahap pendapatan anda.
PEMBELIAN EFEKTIF
Dalam batas anggaran peribadi, seseorang individu berhak sebagai pengguna untuk memilih atau menolak kebanjiran pelbagai produk dan perkhidmatan yang sedia. Apabila anda membeli hartanah, kereta dan barang-barang utama yang lain, anda telah membelanjakan sebahagian besar daripada wang anda. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpanlah untuk kesihatan diri anda.
INSURANS
Mengiku kajian (International Journal of Business and Society, 1/7/2009) kurang daripada 30% rakyat Malaysia dilindungi oleh insurans hayaat. Walaupun betapa berhati-hatinya anda, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan ketidaktentuan dalam kehidupan. Insurans telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).
PENGURUSAN PELABURAN
Pelaburan adalah proses dimana wang diperolehi melalui kerja, warisan atau peninggalan, atau daripada sumber lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti, memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar sekarang ini untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur.

Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup. Oleh itu, anda perlulah bijak menentukan matlamat hidup anda agar masa depan anda lebih bermakna.