Mencari Penerbangan MURAH ?

SAYA NAK LULUS PEREKSA KERAJAAN

Hotels ?

Isnin, 26 Mac 2012

Hutang Lapuk


Cara-Cara Mengatasinya

Hutang…..itu biasa dengar. Hutang dalam bahasa Arab di sebut Qardh iaitu bermaksud potong. Hutang dari segi istilah bermaksud memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan gantinya tanpa sebarang tambahan.
Tetapi hutang lapuk? Apa tu?
Hutang lapuk adalah pinjaman yang diambil untuk membeli atau membiayai perkara yang akan susut nilainya. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai bad debt.
Jenis hutang ini sangat mudah dikenali. Cuma namanya sahaja yang beraneka seperti pembiayaan peribadi, pinjaman kenderaan, ansuran mudah, sewa beli, kad kredit dan pelbagai jolokan lagi. Masalah dengan hutang jenis ini, bukannya kita tidak cuba elakkan tetapi ianya meresap ke dalam hidup kita dengan amat perlahan sekali. Ia menyamar seolah-olah sebahagian daripada kehidupan padahal ianya adalah barah kewangan dan kesannya sungguh teruk serta membawa akibat buruk.
Antara beribu-ribu sebab untuk berhutang, berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang lapuk:
1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Kos perkahwinan yang BIASA-BIASA sahaja di bandar sudah mencecah hampir RM 30,000! Maka apa lagi, hutang merupakan alternatif paling senang. Malah Bank Rakyat juga sedang mempertimbangkan keadaan ini, mereka bakal perkenalkan skim pinjaman perkahwinan tidak lama lagi. Hebat?
Mengikut statistik nikah, cerai dan rujuk yang direkodkan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga julai tahun 2010, terdapat 2,247 kes perceraian di Selangor, tidak termasuk kawasan Hulu Langat, manakala rujuk dengan 356 kes dan perkahwinan sebanyak 7,280 pasangan.
Bagi 2008, sebanyak 16,021 pasangan direkodkan melangsungkan perkahwinan manakala perceraian 4,069 kes, dengan rujuk 628 kes, meningkat berbanding tahun sebelumnya dengan 14,747 perkahwinan, 3,685 kes cerai dan 521 kes rujuk. JAIS membuat ulasan yang berbunyi “Kegagalan pasangan melangsaikan hutang pernah dibuat untuk menghadapi kenduri besar sewaktu mula memasuki alam rumah tangga dikesan menjadi antara faktor penyumbang keretakan institusi perkahwinan.”
Dinasihatkan kepada pasangan yang bercinta supaya merancang kewangan dengan lebih awal, jangan terlalu asyik bermain cinta sahaja.
2. Hutang membeli kenderaan
Mengikut statistik kadar muflis antara tahun 2005 sehingga Mei 2010 yang direkodkan bank, sebab utama penyumbang kepada fenomena ini ialah hutang kereta, merangkumi 24% daripada jumlah kes. Fenomena ini tidak menghairankan kerana di Malaysia ramai orang sebenarnya tidak mampu membeli kereta yang mereka beli. Kriteria yang digunakan ialah sama ada gaji cukup atau tidak untuk menampung ansuran bulanan.
Faktor utama yang menyebabkan ramai yang tidak dapat membayar pinjaman ialah bayaran wang muka 0% yang ditawarkan untuk membeli kereta. Jika mengikut pengiraan yang sebenar, sekiranya seseorang individu itu tidak mampu membayar sekurang-kurangnya 10% sebagai wang muka, maka individu tersebut tak layak untuk beli kereta. Ada sesetengah orang yang serahkan sahaja kereta mereka kepada bank apabila tak mampu bayar kerana harga jualan lebih rendah daripada nilai hutang. Tetapi harus diingat, mereka bertanggungjawab membayar bank perbezaan antara harga jualan kereta dan nilai hutang.
Jika tidak bank akan terus mengenakan faedah atas hutang dan apabila hutang mencecah angka RM30,000, mereka akan diisytiharkan muflis. Nama mereka juga akan dimasukkan dalam senarai hitam kredit, walaupun anda belum diisytiharkan muflis.
Ramai yang tidak sedar betapa seriusnya masalah orang muflis ini. Seorang muflis tidak boleh pergi ke luar negara, tak boleh memegang aset, tak boleh mendapatkan pinjaman lain dan dikenakan beberapa sekatan lain.
3. Hutang membeli rumah kediaman
Sebagai contoh, kini anda telah memiliki sebuah rumah untuk berteduh dari hujan dan panas. Tentunya rumah anda itu kurang serinya tanpa perabot yang menawan. Penghawa dingin yang menyamankan di kala tengah hari. Pemanas air yang menyegarkan. Penapis air yang menambah kualiti hidup. Menghilangkan penat lelah sambil menonton siaran TV berbayar. Mendengar muzik sambil menonton dengan set teater rumah. Anda juga memerlukan sebuah komputer peribadi untuk memudahkan kerja atau melayari internet. Anda mahu memiliki kesemuanya. Kemampuan kewangan anda pula membatasi. Tapi itu bukan masalah besar kerana anda boleh memiliki kesemuanya sekali gus dengan cara berhutang. Pelbagai skim ditawarkan kini. Tanpa anda sedari hutang sudah di paras hidung dan anda semakin lemas di dalamnya. Itulah senario ramai orang pada hari ini, kan?
Dari sudut pandangan agama, Islam menekankan dengan tegas tanggungjawab membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hamba ku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang.
Rasulullah SAW mengingatkan, orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia kerana apabila dia sudah mati dan masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang itu. Maka, apabila waris enggan melunaskan hutang si mati, apakah yang terjadi kepada rohnya? Pembayaran hutang si mati perlu didahulukan supaya roh si mati tidak tergantung selagi mana hutang tidak diselesaikan. Rasulullah SAW mengingatkan, orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia kerana apabila dia sudah mati dan masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang itu. Betapa Rasulullah SAW menitikberatkan isu hutang.
Sudah gerun? Bolehkah perkara ini diatasi?
Jangan takut. Semua orang mempunyai masalah masing-masing. Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang , hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.
Begitu juga dengan hutang. Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita. Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk. Berikut adalah terjemahan doa yang Rasulullah SAW ajarkan baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.
Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.
Tetapi, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Namun doa yang Rasulullah SAW ajar ini mengandungi pengajaran yang penting, antaranya ialah:
1. Ketepikan emosi negatif
Langkah pertama ialah membuang perasaan-perasaan negatif sebab memang secara automatik bagi mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar untuk berasa takut, sedih, kecewa dan buntu. Adalah penting untuk seseorang yang berhutang untuk tidak berada penafian (mode of denial). Jangan dinafikan dan jangan ditangguh.
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
2. Tanamkan sifat rajin
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin. Bak kata Dr. Shukri Abdullah, rajin itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri. Tanamkan sifat rajib bekerja, dengan lebih baik lagi, mulakan usaha cari pendapatan tambahan. Kerja siang demi menyara hidup, kerja malam atau hujung minggu untuk bayar hutang.
3. Ubah diri jadi lebih berani dan banyak kan bersedekah
Antara beberapa situasi yang memerlukan sifat berani. Contohnya, sekiranya bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Sekiranya kita sudah tak lalau hendak bekerja demi membuat orang lain jadi kaya, mula berniaga. Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain. Allah s.w.t telah menghalalkan perniagaan tapi ramai yang takut untuk mencuba dek kerana pelbagai jenis alasan.
Itu sahaja tidak cukup, pada masa yang sama, banyak kan beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.
Tetapi jangan pula terdesak sampai meminta sedekah! Islam amat tidak galakkan meminta sedekah, terutama bagi mereka yang berkemampuan, kerana sifat ini tidak menggalakkan produktiviti dalam masyarakat. Mereka yang berkemampuan untuk bekerja, lalu meminta sedekah, menjadikan institusi masyarakat tidak produktif. Contohnya, skim pelaburan piramid- salah satu bentuk pengaliran wang yang tidak produktif dan merosakkan masyarakat. Hakikatnya skim piramid sama sahaja dengan meminta sedekah, wang di beri kepada orang ‘atas’ dan wang lain diminta daripada ‘orang bawah’. Tak ke songsang namanya?
Dengan tiga cara di atas ini, jika diamalkan secara konsisten, mampu mengeluarkan kita daripada bebanan hutang lapuk yang disangka tidak berkesudahan. Penglibatan dalam hutang lapuk bukanlah penghujung dunia, ia hanyalah satu ujian Allah. Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Maka, ambil masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukannya semata-mata untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)

Sabtu, 24 Mac 2012

Bagaimana dengan ESOK!

Cara yang terbaik untuk merancang masa hadapan adalah dengan memahami keadaan anda yang terdahulu dan sekarang. Dengan mengetahui tanggapan dan perasaan anda tentang duit akan membantu anda mengajukan persoalan-persoalan penting. Jawapan anda pula boleh membantu anda membuat keputusan yang baik. Cuba ajukan soalan berikut dan ambil sedikit masa untuk memikirkan jawapannya.

  1. Berapakah jumlah duit yang cukup untuk keperluan dan kehendak saya?
  2. Bagaimanakah saya hendak mendapat duit yang saya perlukan?
  3. Bagaimana pula duit untuk kecemasan?
  4. Bagaimana pula duit untuk semua barang keperluan keluarga saya?
  5. Bagaimana saya boleh berhenti runsing tentang duit?
  6. Bagaimanakah Perasaan Penduduk malaysia Tentang Duit?
Anda perlu tahu tentang masa silam anda dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda. Anda perlu memahami pengaruh persekitaran anda.
Umumnya, orang Malaysia menghargai DUIT.

Jumaat, 23 Mac 2012

Property Investment Strategy for Husband and Wife on Housing Loan


For young married couple who want to maximize their credit ratings to get more housing loans and if you are just about started to do so, here is some key points to be taken into consideration:
1. Individual Savings / Fixed Deposit Account
Avoid joint account. Bank feels uncomfortable with money that you do not have full ownership on it. So, get yourself and your spouse a savings account, respectively. This should be practiced since day one. Bank wants to see you do have the habit of saving.
Same for fixed deposit account (FD), avoid joint account, if possible. Bank likes to see your FD certificates. In fact, that is the money banks get it from us to make more money for themselves by lending back to us as personal loan, business loan, student loan and etc at higher interest rates.
2. Individual Credit Card
Husband and wife should have their own credit card, respectively. It is good to start building a positive credit report via credit card since most of the people able to get one.
Bear in mind, banks always like to lend money to good paymaster. They want to know will you pay them back on time or not. Therefore, your payment patterns on credit card and others loan is an important guideline for them to judge you.
You have no way to runaway, because all the loans and credit cards’ payment history is shown in your CCRIS report (Central Credit Reference Information System) from Bank Negara Malaysia.
However, owning many credit cards doesn’t mean you are financially strong; on the contrary, the total credit limit of all the credit cards will affect your maximum housing loan limit. Take note.
3. Individual Investment Account
If possible, start investing as soon as you start earning. You may start from low capital investment like unit trust and go for regular investment plan, say investing RM200/month regularly and increase the amount over the years. Amount wise, say between 5-8% of your salary. Personally, public mutual fund is a good option.
Previously, I started to invest in unit trust regularly was mainly as kind of force savings for myself and I’m still continuing it until today. But now it has ‘accidentally’ became a plus point for me to secure a loan with better interest rates (as been told by a mortgage officer). In fact, I feel that investing money in shares market make more sense for me now.
Again, avoid joint account, if possible.
Another thing I want to highlight here is do not bank-in the rental collected from tenant to your spouse’s savings account or joint account because bank will not going to recognize it as your income.

Khamis, 22 Mac 2012

Disiplin 10%!

Simpanan, ya! itulah dia yang sepatut kita di anjurkan. Akan tetapi berapa ramai kah di antara ANDA yang mampu praktikannya dengan berkesan. Disiplin diri amat penting dalam hal ini. Kita di anjurkan menyimpan 10 % daripada pendapatan bulanan untuk apa ? Ya tunjuannya semata-mata demi keperluan masa depan. Mungkin bagi keperluan perbelanjaan diri, anak atau pun keluarga. Mampukah kita berbuat sedemikian hanya 10% SAHAJA untuk diasingkan sebagai suatu sumber simpanan di masa hadapan.! Fikir-fikirkan lah,tepuk dada tanya selera.

Isnin, 19 Mac 2012

Bagaimana pula dengan hari ini ?

Kadang kala, anda boleh mengetahui bagaimana perasaan anda terhadap sesuatu dengan menghabiskan sesuatu ayat dalam perkataan anda sendiri. Cuba siapkan ayat-ayat berikut seberapa banyak yang anda boleh dan perhatikan perasaan anda semasa anda menyiapkannya: . Ia amat mudah bagi saya untuk membelanjakan duit untuk... . Ia amat sukar bagi saya untuk membelanjakan duit untuk.... . saya suka mendapat bduit kerana.... . Saya risau tentang duit apabila......... . Jika hari ini saya ada cukup duit, saya akan..... . Semasa saya membeli barang yang tidak saya perlukan, saya..... . Saya tidak tahu bagaimana hendak mengurus duit saya kerana.....

Jumaat, 16 Mac 2012

3 Cara Pantas Jimat Duit Setiap Bulan


Hari ini, saya ingin beri tips ringkas bagaimana anda boleh jimatkan duit anda setiap bulan. Jadi.. duit yang lebih tu nanti.. bolehlah di simpan, atau digunakan kepada perkara lain yang lebih berfaedah.
1) Hentikan langganan TV berbayar anda.
Saya dah buktikan.. dan berjuta-juta lagi orang telah membuktikan, bahawa, mereka masih lagi bernyawa dan hidup dengan gembira tanpa memiliki a***o di rumah. Saya rasa, keseronokan melihat aksi mawi menari di saluran TV berbayar, masih belum mampu untuk menenangkan fikiran anda, yang sentiasa berserabut dan rungsing, memikirkan “macam mana nak cari duit lebih” untuk menampung sara hidup anda setiap bulan. Jika, dengan berhenti melanggan saluran TV berbayar dapat menjimatkan (sila baca sebagai “menambahkan pendapatan”) anda sebanyak RM50 setiap bulan? Mengapa anda tidak lakukannya sahaja?
2) Bersenam dengan bijak
Sesetengah orang kata, kesihatan itu lebih penting dari wang.. itu saya tidak nafikan. Cuma, jika sesuatu aktiviti kesihatan itu boleh “menyakitkan” wang anda.. saya rasa, itu bukanlah sesuatu yang bijak. Antara langkah drastik yang boleh anda ambil jika anda mengalami masalah kewangan, ialah dengan menamatkan keahlian anda di pusat-pusat gym. Sekali lagi.. berjuta-juta orang dah membuktikan, mereka masih boleh hidup dengan sihat dan cergas tanpa perlu pergi ke gym.
3) Langganan bahan bacaan bulanan
Adakah anda ada melanggan bahan bacaan yang memerlukan anda membuat bayaran setiap bulan? seperti.. Suratkhabar? Majalah? URTV? HAI? MANGGA? Mungkin anda boleh hentikan seketika, dan duit yang lebih tu, gunakan ia untuk membeli bahan bacaan yang lebih bermanfaat seperti buku-buku yang mengajarkan anda tentang pengurusan kewangan.
Sebenarnya, banyak lagi cara anda boleh lakukan untuk menjimatkan wang anda setiap bulan, apa yang perlu anda lakukan ialah, menyemak semua bil-bil bulanan anda. Semaklah dengan teliti.. mungkin ada sesetengah bil bulanan itu, anda boleh elakkan dan tidak perlukan di dalam hidup anda. Terutama sekali, bil-bil yang anda bayar setiap bulan secara automatik melalui potongan kad kredit anda.Sekali lagi… semak bil-bil bulanan anda, buat penilaian semula, adakah bil tersebut benar-benar perlu atau anda boleh tamatkannya sahaja, untuk menjadikan hidup anda lebih tenang dan gembira.
fuuuhhhhhhhhssshhhh......

Selasa, 13 Mac 2012

Mengurus Wang Anda

Langkah-Langkah Pengurusan Kewangan


Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.


Urus wang anda dengan bijak melalui langkah berikut:





Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Adakah anda merancang untuk…



Membeli rumah?
Membeli kereta?
Memulakan keluarga?

Menabung untuk pendidikan anak anda?
Melancong?
Menyediakan perbelanjaan perubatan?

Menyimpan wang untuk digunakan setelah bersara?
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.


Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:


  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 

Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:

  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.



Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 

Selasa, 6 Mac 2012

Hukum Pelaburan Emas ar-Rahnu


“Boleh tak melabur emas dengan ar-Rahnu?”
Melabur emas dengan bergadai?
1. Penjual menjual emas 20g dengan harga RM 3000.
2. Pembeli hanya perlu membayar 30% bersamaan dengan RM 900.
3. Pergi ke kedai ar-Rahnu dan emas tersebut dipajakkan 70% dari harga semasa. Selepas selesai proses ar-Rahnu, pembeli menerima RM 2,100.
4. Pembeli membayar baki hutang  kepada penjual iaitu RM 2,100 yang diterima dari ar-Rahnu. Emas kedai yang simpan.
5. Penjual senyum untung jual emas. Pembeli ada hutang RM 2,100 dan juga perlu membayar upah simpan. Emas dalam kedai ar-Rahnu.

POWER! 'Pengurusan Wang Anda'


POWER! 'Pengurusan Wang Anda' is a practical financial education programme managed by AKPK, designed to equip you with essential financial knowledge and providing you the confidence and ability to make responsible financial decisions.
To learn more about POWER! programme, visit www.akpk.org.my

Jumaat, 2 Mac 2012

Berhutang galak kekufuran


KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.
Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana sabda Rasulullah: “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83)
Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)
Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)
Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.
Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:
1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.
2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.
Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.
Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.
4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.
Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.
Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.