Setelah mengenal pasti apakah punca kita tidak mampu untuk menyimpan sejumlah wang setiap bulan. Maka pada hari ini, ingin aku berkongsi bagaimana untuk kita mengawal perbelanjaan harian, mingguan ataupun bulanan kita.
Walaupun pada masa kini, cabaran untuk menyimpan memang sukar dek kerana kenaikan harga barang, minyak yang membebankan, ia bukan alasan kepada kita untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian, perlulah kita bersedia dan mengambil langkah-langkah yang bijak tangani kering poket di hujung bulan.
Anda sudah bersedia? Sila tulis pen dan sediakan kertas.
1. Membuat anggaran kasar belanja harian, mingguan, bulanan.
Kita ambil contoh, bayaran yang basic (fixed) memang kena bayar tiap-tiap hari atau setiap bulan. Sebagai contohnya kita ambil bulanan yang mudah:
- Bil air + eletrik + telefon + astro = RM 200
- Barang-barang dapur = RM 300
- Perbelanjaan persekolahan= RM 200
- Kereta/Motor= Rm300
- Mak Ayah = Rm100
- Insuran = RM50.00
- Dan lain-lain = Rm 200
Nota: (contoh anggaran, tidak semestinya sama dari segi kategori , umur, bujang, berkahwin, kesihatan, tambah cawangan dan lain-lain).
Kalau anda rasa perlu catat menggunakan buku nota untuk dicatat lagi baik supaya nampak lebih jelas lagi. Ok, saya tahu anda semua memang malas, tak payah buat details sangat, buat anggaran kasar sahaja.
Lain-lain adalah untuk tabung kecemasan. Peruntukan ini penting juga, sebab kita tak tentu apa kejadian-kejadian yang tak diigini. Kadang-kadang memang akan berlaku. Jadi kena bersedia.
2. Bawa wang jangan banyak ketika membeli belah.( cukup makan jer)
Ini penting, terutamanya golongan wanita yang cepat ghairah melihat promosi dipusat beli-belah yang melihat diskaun % betul-betul menggoda iman. Nasihat saya ialah, ketika pergi kedai beli barang, siap-siap listkan apa yang nak beli, dan sudah budget kita nie sekian-sekian, lebih dari tuh nanti overbudget (budget lari). Ingat, ingat!!
Promosi yang menggoda iman, jangan mudah terpedaya, ingat kemampuan kita dan elakkan credit card!!
3. Beli barang yang murah, tetapi??
Ia bergantung kepada pendapat , atau mentaliti seseorang itu. Bila sebut bundle. adalah yang akan setuju atau tidak. Kadang-kadang tak semestinya murah itu tak branded, kalau kena caranya, silap haribulan yang bundle tuh, tahan dia dari beli kedai yang mahal. Sekarang nie memang ramai orang yang nak murah, kualiti umphh. Anda yang bijaksana perlu fikirkan, kualiti penting kadang-kala, tapi ingat! $$$
4. Memahami konsep keperluan dan kehendak.
Anda semua, jangan sesekali keliru dengan maksud perbelanjan yang perlu dengan kehendak atau kemahuan atau yang seangkatan dengannya. Setiap daripada anda, keluarga yang bersama-sama anda, mempunyai keinginan yang luas berbanding dengan pendapatan yang anda perolehi. Fikir-fikirkan sebelum membeli, tengok tarikh haribulan bila gaji kita akan masuk, sebelum membeli sesuatu barang itu.
Nah, itu sahaja tips yang tampak mudah, tetapi perlaksanaanya bukan mudah. Sekiranya ada pertanyaan, cadangan,boleh diutarakan diruangan komen , sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan