Mencari Penerbangan MURAH ?

SAYA NAK LULUS PEREKSA KERAJAAN

Hotels ?

Sabtu, 29 September 2012

Cara Melindungi Diri Daripada Penipuan Kad Kredit



Antara penipuan kad kredit yang paling biasa adalah
urus niaga tidak sah dan kecurian identiti. Pengeluar
kad kredit sentiasa berwaspada terhadap urus niaga
palsu dan penipuan.  Anda juga perlu mengambil
langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko
menjadi mangsa penipuan kad kredit ini.

Panduan Melindungi Kad
Kredit Anda
• Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja
menerimanya.
• Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit
anda.
• Jangan dedahkan butiran kad kredit anda kepada
pihak yang tidak dikenali kerana mereka boleh
menggunakannya untuk membuat pembelian
melalui telefon, pesanan pos atau internet.

• Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah
tamat tempohnya setelah menerima kad gantian
untuk mencegah pengklonan atau
penyalahgunaan kad.
• Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelum
menandatangani atau mengesahkan setiap urus
niaga.
• Simpan semua slip bayaran dan semak penyata
sebaik sahaja anda menerimanya.
• Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam
dompet atau tas tangan agar anda akan sedar
serta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri.
• Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad
kredit sekiranya kad kredit anda hilang, dicuri atau
terdapat urus niaga yang tidak sah. Jika anda tidak
melaporkannya, anda bertanggungjawab ke atas
semua urus niaga tersebut sehingga laporan
dibuat.
Sumber : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan