Tahukah anda, punca utama kita mengalami masalah kewangan sekarang adalah disebabkan kita tidak mengetahui ilmu Menguruskan Duit dengan betul. Natijahnya setiap bulan kita rasa sempit dan terbelit dengan masalah kewangan.
Sebenarnya konsep "Pengurusan Kewangan Yang Betul" adalah dengan merancang perbelanjaan, iaitu merancang untuk masa depan dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kewangan anda manakala "Pengurusan Kewangan Yang Lemah" adalah berbelanja melebihi pendapatan dan seterusnya terperangkap dalam masalah hutang yang bertimbun-timbun
Jadi di manakah anda? Adakah anda sedang mengamalkan Pengurusan wang yang Betul atau sebaliknya? Atau anda tahu tetapi berpura-pura tenang menghadapinya?
Cuba nilai keadaan kewangan anda dengan soalan-soalan ini:
- Adakah anda merasakan yang wang gaji anda sentiasa tidak mencukupi?
- Adakah simpanan anda sekarang cukup untuk anda bertahan selama 5 bulan kalau anda dibuang kerja esok?
- Adakah anda ada wang simpanan untuk waktu-waktu kecemasan? Atau anda akan menggunakan kad kredit apabila tiba saat itu?
- Adakah perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda?
- Adakah anda selalu mengeluh apabila melihat baki akaun anda?
- Adakah anda bebas dari bebanan hutang hari ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan