Simpanan semasa di perlukan, atau semasa keadaan terdesak. Kebanyakan mereka yang memperolehi pendapatan melalui ungkapan "makan gaji". Phenomena ini, tengah bulan kering. Tiada sesen pun duit untuk dibelanjakan. Bagi yang bujang mungkin tidak berapa teruk senarionye, akan tetapi yang sudah berkeluarga memang sangat terdesak. Walau apa pun alasan bersabit, yang utama sekali padang pada diri sendiri. Apa yang telah aku lakukan, bagaimana boleh aku keluar daripada kepompom tak cukup duit untuk belanja.
Bebelanja boros haruslah di elakan. Akan tetapi jika tidak boros masih lagi tidak mencukupi. maka disini kita harus bijak mengurus perbelanjaan kita.
Salah satu cara yang dapat dilakukan dengan mengadaptasi cara mana KWSP, ya simpanan kita di Institusi tersebut. Mengapa kita mampu menabung secara demikian ( boleh lah di katakan secara paksa ). Istilah "Force Savings" ini sangat berkesan. Maka itu disiplinkanlah DIRI SENDIRI dengan mengikuti cara menabung sedemikian. Asingkan ( paksa diri ) 10% daripada pendapatan bulanan Anda untuk tujuan demikian. Simpanan ini hendaknye dilupakan saja seberapa ketika, mungkin selama 10 tahun berikutnye. Memang senang cakap, tapi kalau setakat bercakap sahaja tiada apa-apa faedah pun hanya menyempitkan lagi keadaan. Anda, hanya Anda yang mampu berobah segala-galanya. Orang yang senang disekeliling kita, serta kenalan , mereka ini pun dulu bukan nya senang atau kaya raya pun. Oleh sebab mereka ini berfikiran positif serta mempunyai nilai disiplin diri yang teramat tinggi , maka mampu melakukan perubahan diri. Jadi apa fikir lagi ayuh , jom mula kan daripada saat ini. Anda akan pasti menerima hadiah istimewa pada masa depan atas usaha kendiri. Cubalah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan