Mencari Penerbangan MURAH ?

SAYA NAK LULUS PEREKSA KERAJAAN

Hotels ?

Rabu, 29 Februari 2012

Apa perhubungan ANDA dengan duit - memahami hubungan Anda dengan duit amatlah penting dalam pengurusanya dengan bijak dan baik

Bagaimana pula dngan Masa Silam saya?


Bagi memahami hubungan Anda dengan duit, mari imbas kembali sewaktu anda sedang membesar. Kemungkinan besar , persepsi anda tentang duit dibentuk oleh orang dewasa disekeliling anda. Anda mungkin mendapat pelbagai perasaan dan idea tentang duit daripada keluarga anda.
Jika ahli keluarga  anda perlu bekerja keras , anda mungkin fikir bahawa membuat duit memerlukan kerja yang banyak dan berjam-jam. Jika ada perselisihan faham tentang duit, anda mungkin rasakan bahawa berbincang tentang duit membuatkan orang marah atau takut. Jika keluarga anda mendapat bantuan kerajaan, anda mungkin rasa sedih, berterima kasih atau malu. Jika anda mendapat duit ketika kecil, anda mungkin rasa seronok atau bersalah. Anda mungkin rasa seronok dengan memiliki duit anda sendiri atau dapat membantu keluarga anda. Anda mungkin marah kerana perlu bekerja.

Sabtu, 25 Februari 2012

Satu Ciri Aplikasi AKPK


Dibawah merupakan diantara 11 soalan uji diri Anda yang telah disediakan oleh pihak AKPK. Salah satu daripadanya , amat menarik sekali iaitu perihal keperluan memiliki document WASIAT.


Uji Diri Anda

Secekap mana anda mengurus wang anda?

Untuk mengetahui secara pintas tentang kedudukan kewangan peribadi anda, sila jawab 11 soalan berikut. Ia akan memberi gambaran bagaimana kesihatan kewangan anda yang sebenarnya.

Question #11

Adakah anda memiliki wasiat?

Perkhidmatan AKPK


Pendidikan Kewangan


AKPK menyediakan bahan pendidikan kewangan yang meliputi penggunaan kredit yang bijak dan asas pengurusan wang termasuk tip-tip menggunakan kredit dengan bertanggungjawab.

Anda boleh memilih untuk menghadiri sesi POWER! di:
Ibu pejabat AKPK, Kuala Lumpur
Setiap hari Sabtu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Pada hari Ahad terpilih seperti di bawah:
  • 29 Januari 2012
  • 26 Februari 2012
  • 25 Mac 2012
  • 29 April 2012
  • 27 Mei 2012
  • 24 Jun 2012
 Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Setiap hari Rabu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang
Penyertaan adalah PERCUMA! Hubungi 1-800-88-2575 untuk mendaftar sekarang!

Emas vs Silver semenjak 10 tahun lalu


BUKTI #1: Prestasi 10 Tahun Emas vs Silver

http://pelaburan-silver.com/images/gold_10_year_o_usd.png

Emas naik 492.36% Banyak!
http://pelaburan-silver.com/images/silver_10_year_o_usd.png
Silver naik 797.66% LAGI HEBAT!!!

Rabu, 22 Februari 2012

Wang Simpanan

Simpanan semasa di perlukan, atau semasa keadaan terdesak. Kebanyakan mereka yang memperolehi pendapatan melalui ungkapan "makan gaji". Phenomena ini, tengah bulan kering. Tiada sesen pun duit untuk dibelanjakan. Bagi yang bujang mungkin tidak berapa teruk senarionye, akan tetapi yang sudah berkeluarga memang sangat terdesak. Walau apa pun alasan bersabit, yang utama sekali padang pada diri sendiri. Apa yang telah aku lakukan, bagaimana boleh aku keluar daripada kepompom tak cukup duit untuk belanja.
Bebelanja boros haruslah di elakan. Akan tetapi jika tidak boros masih lagi tidak mencukupi. maka disini kita harus bijak mengurus perbelanjaan kita.
Salah satu cara yang dapat dilakukan dengan mengadaptasi cara mana KWSP, ya simpanan kita di Institusi tersebut. Mengapa kita mampu menabung secara demikian ( boleh lah di katakan secara paksa ). Istilah "Force Savings" ini sangat berkesan. Maka itu disiplinkanlah DIRI SENDIRI dengan mengikuti cara menabung sedemikian. Asingkan ( paksa diri ) 10% daripada pendapatan bulanan Anda untuk tujuan demikian. Simpanan ini hendaknye dilupakan saja seberapa ketika, mungkin selama 10 tahun berikutnye. Memang senang cakap, tapi kalau setakat bercakap sahaja tiada apa-apa faedah pun hanya menyempitkan lagi keadaan. Anda, hanya Anda yang mampu berobah segala-galanya. Orang yang senang disekeliling kita, serta kenalan , mereka ini pun dulu bukan nya senang atau kaya raya pun. Oleh sebab mereka ini berfikiran positif serta mempunyai nilai disiplin diri yang teramat tinggi , maka mampu melakukan perubahan diri. Jadi apa fikir lagi ayuh , jom mula kan daripada saat ini. Anda akan pasti menerima hadiah istimewa pada masa depan atas usaha kendiri. Cubalah !