Mencari Penerbangan MURAH ?

SAYA NAK LULUS PEREKSA KERAJAAN

Hotels ?

Selasa, 19 Jun 2012

Menguruskan Duit dengan betul.


Tahukah anda, punca utama kita mengalami masalah kewangan sekarang adalah disebabkan kita tidak mengetahui ilmu Menguruskan Duit dengan betul. Natijahnya setiap bulan kita rasa sempit dan terbelit dengan masalah kewangan.
Sebenarnya konsep "Pengurusan Kewangan Yang Betul" adalah dengan merancang perbelanjaan, iaitu merancang untuk masa depan dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah kewangan anda manakala "Pengurusan Kewangan Yang Lemah" adalah berbelanja melebihi pendapatan dan seterusnya terperangkap dalam masalah hutang yang bertimbun-timbun
Jadi di manakah anda? Adakah anda sedang mengamalkan Pengurusan wang yang Betul atau sebaliknya?  Atau anda tahu tetapi berpura-pura tenang menghadapinya?
Cuba nilai keadaan kewangan anda dengan soalan-soalan ini:
  • Adakah anda merasakan yang wang gaji anda sentiasa tidak mencukupi?
  • Adakah simpanan anda sekarang cukup untuk anda bertahan selama 5 bulan kalau anda dibuang kerja esok?
  • Adakah anda ada wang simpanan untuk waktu-waktu kecemasan? Atau anda akan menggunakan kad kredit apabila tiba saat itu?
  • Adakah perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda?
  • Adakah anda selalu mengeluh apabila melihat baki akaun anda?
  • Adakah anda bebas dari bebanan hutang hari ini?

Ahad, 17 Jun 2012

7 Tip Jimat Wang

Berikut adalah tujuh  perkara yang anda boleh jadikan panduan untuk menjimatkan wang anda.


Tip pertama : Gunakan alatan elektrik sekali lalu.


Basuh baju apabila muatan sudah penuh dan gosok  semua baju apabila semua baju sudah di basuh boleh menjimatkan kadar penggunaan elektrik di rumah anda. Apabila anda menggunakan alat elektrik sekali lalu, ia lebih jimat berbanding anda gunakan alat elektrik pada setiap hari.

Tip kedua : Sentiasa tutup suiz  elektrik.
Suiz televisyen perlulah sentiasa di tutup, jangan biarkan ia berada dalam keadaan standby. Sama juga dengan suiz astro dan komputer. Tutup lampu jika tidak di gunakan dan lebihkan mendengar radio jika tiada rancangan yang anda minat di tayangkan di televisyen.
Tip ketiga : Tukar pada pembayaran bill secara online.
Sekarang banyak syarikat menawarkan diskaun bagi mereka yang membayar secara direct debit atau online. Lagipun ia lebih pantas dan menjimatkan masa dan wang anda.
Tip keempat : Jangan beli perkara yang tidak perlu.
Makan hanya makanan yang berkhasiat. Jangan beli keropok atau makanan yang tidak perlu dan tiada khasiat. Tidak perlu beli surat khabar kerana anda boleh baca secara online sahaja. Jika makanan di tempat kerja mahal, anda bawa sahaja bekal dari rumah.
Tip kelima : Tukar jenama yang mahal kepada jenama yang lebih murah dan berkualiti.
Kadangkala, harga sesuatu barang itu mahal di sebabkan jenama sahaja. Padahal, kualitinya lebih kurang sama sahaja dengan barang yang lebih murah. Tukar jenama yang mahal dan jimatkan wang anda.
Tip keenam  :  Jimatkan penggunaan minyak.
Bawa kenderaan dengan berhati – hati dan belajar bagaimana hendak kurangkan penggunaan minyak. Biarpun kesannya sedikit, sekurang – kurangnya anda akan lebih jimat dalam penggunaan wang.
Tip ketujuh : Dapatkan rebat cukai pendapatan.
Anda boleh layari laman web LHDN dan dapatkan rebat bagi cukai pendapatan anda. Dengan ini, anda boleh bayar kurang dari harga sebenar cukai anda.  Baca dan kaji  betul – betul syarat – syaratnya supaya lebih banyak wang dapat di jimatkan dari membayar cukai.

Selasa, 29 Mei 2012

Jimatkan Minyak Kereta Anda

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak Jimat minyak
  • Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.
  • Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
  • Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan
  • Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.
  • Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
  • Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.
  • Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah.
  • Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.
  • Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)
  • Elakkan menunggu . Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
  • Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

Ahad, 13 Mei 2012

3 jenis pendapatan

3 jenis pendapatan: 

1. pendapatan dari pekerjaan
2. pendapatan Potfolio
3. Pendapatan Pasif

Strategi terbaik adalah mengurangkan pendapatan dari pekerjaan dan meningkatkan pendapatan potfolio dan Pasif, ini bagi membolehkan kita mengurangkan masa bekerja dan lebih masa untuk bersama keluarga dan kita dapat melakukan aktiviti yang kita gemari tanpa mempunyai halangan dari segi masa dan wang.

Kita juga mempunyai masa untuk mengurus potfolio serta pendapatan pasif kita tanpa perlu bekerja. Ini membolehkan kita bersara awal serta mempunyai aliran tunai yg mencukupi untuk menyara diri dan keluarga. Ketika itu berlaku maka kita telah mencapai kebebasan kewangan mutlak.

Apa yang kita buat 9.00am hingga 5.00pm adalah makan,minum kita selepas 5.00pm adalah menambah harta kita.

Jumaat, 4 Mei 2012

Menetapkan Matlamat Anda


Masa depan ekonomi seseorang individu adalah dipetakan melalui strategi kewangan seperti perancangan peribadi seperti pemilihan kerjaya, pengurusan kredit dan perancangan cukai. Strategi ini harus mencerminkan tujuan anda dan direka untuk menutup jurang antara di mana anda berada dan di mana anda inginkan.

KERJAYA PILIHAN
Terdapat ratusan senarai pilihan kerjaya pada masa kini meliputi seluruh bidang kehidupan. Anda tentu berhadapan dengan situasi yang sukar untuk membuat pilihan kerjaya jika anda tidak tahu apa yang benar-benar anda mahukan. Sebahagian besar pendapatan anda dipengaruhi oleh upah dan gaji daripada kerjaya yang dipilih. Melalui pekerjaan, anda memerlukan pendapatan untuk membina hidup, membeli barang dan mendapatkan perkhidmatan termasuk perlindungan insurans, menyimpan dan melabur serta merancang persaraan anda.
ASAS PENGURUSAN WANG
Asas pengurusan wang melibatkan mengurus dan menyemak tabungan. Sememangnya menguruskan aset kewangan merupakan langkah pertama menuju pengurusan yang baik berbanding dengan aset kewangan yang lebih rumit seperti pelaburan dan akaun bersara. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan dan memilih akaun simpanan yang memberikan tawaran yang terbaik. Terdapat pelbagai bank yang menawarkan pelbagai akaun tabungan dengan kadar faedah, caj dan kualiti perkhidmatan institusi perbankan mereka.
PENGURUSAN KREDIT
Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar peminjam pada jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu.  Pengurusan kredit memerlukan pemahaman tentang tujuan meminjam wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika anda menghadapi kesulitan.
PERANCANGAN CUKAI
Setiap orang berhadapan dengan pelbagai jenis cukai untuk dibayar kepada persekutuan, negeri dan pemerintah daerah. Oleh itu, rancangan kewangan peribadi harus melibatkan cukai dan kerja bagi meminimumkan beban cukai individu. Tujuan pengurusan cukai untuk menilai pendapatan semasa dan akan datang seseorang dan mengetahui langkah yang berlainan bagi mengurangkan pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Menguruskan cukai anda dengan baik membolehkan wang anda dipimpin untuk simpanan tanpa memerhatikan tahap pendapatan anda.
PEMBELIAN EFEKTIF
Dalam batas anggaran peribadi, seseorang individu berhak sebagai pengguna untuk memilih atau menolak kebanjiran pelbagai produk dan perkhidmatan yang sedia. Apabila anda membeli hartanah, kereta dan barang-barang utama yang lain, anda telah membelanjakan sebahagian besar daripada wang anda. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpanlah untuk kesihatan diri anda.
INSURANS
Mengiku kajian (International Journal of Business and Society, 1/7/2009) kurang daripada 30% rakyat Malaysia dilindungi oleh insurans hayaat. Walaupun betapa berhati-hatinya anda, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan ketidaktentuan dalam kehidupan. Insurans telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).
PENGURUSAN PELABURAN
Pelaburan adalah proses dimana wang diperolehi melalui kerja, warisan atau peninggalan, atau daripada sumber lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti, memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar sekarang ini untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur.

Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup. Oleh itu, anda perlulah bijak menentukan matlamat hidup anda agar masa depan anda lebih bermakna.