Masa depan ekonomi seseorang individu adalah dipetakan melalui strategi kewangan seperti perancangan peribadi seperti pemilihan kerjaya, pengurusan kredit dan perancangan cukai. Strategi ini harus mencerminkan tujuan anda dan direka untuk menutup jurang antara di mana anda berada dan di mana anda inginkan.
KERJAYA PILIHAN
Terdapat ratusan senarai pilihan kerjaya pada masa kini meliputi seluruh bidang kehidupan. Anda tentu berhadapan dengan situasi yang sukar untuk membuat pilihan kerjaya jika anda tidak tahu apa yang benar-benar anda mahukan. Sebahagian besar pendapatan anda dipengaruhi oleh upah dan gaji daripada kerjaya yang dipilih. Melalui pekerjaan, anda memerlukan pendapatan untuk membina hidup, membeli barang dan mendapatkan perkhidmatan termasuk perlindungan insurans, menyimpan dan melabur serta merancang persaraan anda.
ASAS PENGURUSAN WANG
Asas pengurusan wang melibatkan mengurus dan menyemak tabungan. Sememangnya menguruskan aset kewangan merupakan langkah pertama menuju pengurusan yang baik berbanding dengan aset kewangan yang lebih rumit seperti pelaburan dan akaun bersara. Menguruskan akaun simpanan melibatkan pemahaman pentingnya simpanan, menetapkan tujuan simpanan dan memilih akaun simpanan yang memberikan tawaran yang terbaik. Terdapat pelbagai bank yang menawarkan pelbagai akaun tabungan dengan kadar faedah, caj dan kualiti perkhidmatan institusi perbankan mereka.
PENGURUSAN KREDIT
Kredit adalah bidang kewangan peribadi yang membolehkan seseorang untuk menerima wang, barang, atau perkhidmatan dalam bentuk pinjaman dengan bersetuju untuk membayar peminjam pada jangka waktu dan kadar bunga kredit tertentu. Pengurusan kredit memerlukan pemahaman tentang tujuan meminjam wang bagi mendapat tawaran yang baik; dan bagaimana untuk mengira beban kewangan dan bayaran bulanan. Ia juga melibatkan bagaimana untuk memperbaiki catatan kredit yang buruk dan tempat untuk mendapatkan bantuan jika anda menghadapi kesulitan.
PERANCANGAN CUKAI
Setiap orang berhadapan dengan pelbagai jenis cukai untuk dibayar kepada persekutuan, negeri dan pemerintah daerah. Oleh itu, rancangan kewangan peribadi harus melibatkan cukai dan kerja bagi meminimumkan beban cukai individu. Tujuan pengurusan cukai untuk menilai pendapatan semasa dan akan datang seseorang dan mengetahui langkah yang berlainan bagi mengurangkan pembayaran cukai. Terdapat salah anggapan yang biasa dibuat iaitu hanya yang berpendapatan tinggi sahaja yang perlu terlibat dengan perancangan cukai. Menguruskan cukai anda dengan baik membolehkan wang anda dipimpin untuk simpanan tanpa memerhatikan tahap pendapatan anda.
PEMBELIAN EFEKTIF
Dalam batas anggaran peribadi, seseorang individu berhak sebagai pengguna untuk memilih atau menolak kebanjiran pelbagai produk dan perkhidmatan yang sedia. Apabila anda membeli hartanah, kereta dan barang-barang utama yang lain, anda telah membelanjakan sebahagian besar daripada wang anda. Jangan mensia-siakan pendapatan anda dan simpanlah untuk kesihatan diri anda.
INSURANS
Mengiku kajian (International Journal of Business and Society, 1/7/2009) kurang daripada 30% rakyat Malaysia dilindungi oleh insurans hayaat. Walaupun betapa berhati-hatinya anda, anda tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan ketidaktentuan dalam kehidupan. Insurans telah direncanakan untuk melindungi harta anda daripada kemalangan, kesakitan, kecacatan, dan kematian. Matlamat anda adalah untuk mendapatkan insurans yang sesuai bagi setiap perkara insurans utama (hidup, kesihatan, kecacatan, kekayaan dan tanggungan).
PENGURUSAN PELABURAN
Pelaburan adalah proses dimana wang diperolehi melalui kerja, warisan atau peninggalan, atau daripada sumber lain. Pengurusan pelaburan yang baik adalah komponen penting bagi perancangan kewangan dan boleh membuatkan ia mudah untuk mencapai matlamat utama lain seperti membeli rumah, menghantar anak ke universiti, memulakan perniagaan, atau bersara dengan selesa. Amat sukar sekarang ini untuk menggandakan kekayaan tanpa melabur. Bercermat dalam semua aspek kehidupan adalah asas membina kekayaan. Jika anda berimpian untuk mendapat kebebasan kewangan pada suatu hari nanti, tidak kira tahap atau status pendapatan anda, anda perlu jadikan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai cara hidup. Oleh itu, anda perlulah bijak menentukan matlamat hidup anda agar masa depan anda lebih bermakna. |
Ingin menjadi BOSS? Ingin mencari pendapatan kedua atau buat duit ekstra atau sebarang keinginan.Blog ini memberi peluang serta cara kepada sesiapa saja yang berminat serta berhajat menjalankan Bisnes secara Online.
Jumaat, 4 Mei 2012
Menetapkan Matlamat Anda
Rabu, 18 April 2012
Amalkan Menyimpan
Seorang pemuda berusia 25 tahun baru memulakan kerjaya,
Hasil kegigihan dan displin, beliau berjaya menyimpan RM100 sebulan
Ini bermakna jika dikira tanpa dividen, pemuda itu berjaya menyimpan RM36,000 pada usia bersara (55 tahun)
Apa akan jadi sekiranya beliau menagguhkan untuk menyimpan,
(pengiraan tanpa meliputi dividen),
Jika beliau memulakan menyimpan RM100 sebulan pada usia 35 tahun beliau sekadar menyimpan RM24,000
Manakala jika beliau memulakan menyimpan RM100 setiap bulan pada usia 45 tahun beliau hanya mendapat RM12,000
Mengikut kajian 100 orang yang berusia 25 pada hari ini, apa yang terjadi apabila sampai di usia emas mereka :
1 % : Hidup kaya raya
4 % : Mempunyai status bebas kewangan
5 % : Masih bekerja
27 % : Meninggal dunia
63 % : Hidup sengsara
Kematian adalah ketentuan tuhan kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Namun isu yang utama adakah kita ingin membiarkan nasib kita sentiasa malang sekiranya tuhan memanjangkan umur kita. Oleh yang demikian adakah kita serius merancang kehidupan ketika usia emas kelak.
Jangka hayat hidup yang pendek menyukarkan kehidupan waris. Namun sama juga situasi jika jangka hayat kita panjang, lebih-lebih lagi sekiranya kita hidup dalam kepayahan (dari segi kewangan ataupun kesihatan). Atau setidak-tidaknya adakah kita masih lagi perlu bekerja dengan kudrat umur yang lanjut seperti ketika berumur 20an/30an.
Dan agak dikesali apabila penulis menemui beberapa individu yang tidak ambil kisah dengan perancangan ini dan memikirkan untuk mengharapkan belas ehsan daripada anak atau kaum keluarga lain. Kita perlu ingat, anak-anak akan membesar dan mereka juga memerlukan dana kewangan bagi membiayai kehidupan keluarga mereka sendiri.
Ini menghendaki kita benar-benar serius untuk menyiapkan diri merancang persaraan kita.
Pokok masalah utama adalah, adakah kita benar-benar telah memulakan perancangan ini?
Ahad, 8 April 2012
Am I Saving Enough?
- Do I save regularly?
- Do I save at least 10% of my net income?
- Have I saved 3 to 6 months of basic living expenses in an emergency fund that is easily available if the cash is needed?
- Am I saving enough for long-term goals such as a house or my children’s education?
- When using credit to buy big-ticket items, have I saved enough to make as large a down payment as possible?
- Am I saving enough for my retirement?
If you’ve answered yes to all of these questions, well done, you are on the right track to achieving financial freedom!
Isnin, 2 April 2012
Elakkan dari berhutang
Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri.
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang.
Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran + Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00 lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5000.00
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang.
Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran + Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00 lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5000.00
Pengurusan Kewangan
Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.
Sebanyakmana pendapatan bulanan seseorag jika perancangan dan pengurusan dibuat secara sistematik, ia akan dapati kedudukan kewangannya mencukupi atau mungkin berlebihan.
Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistem.
Sesiapa sahaja, jika pendapatan diuruskan dengan bijak kedudukan kewangannya adalah berkeadaan baik atau stabil. Dengan ini satu kaedah diperlukan bagi menguruskan kewangan.
Langgan:
Catatan (Atom)