Mencari Penerbangan MURAH ?

SAYA NAK LULUS PEREKSA KERAJAAN

Hotels ?

Rabu, 18 April 2012

Amalkan Menyimpan

Seorang pemuda berusia 25 tahun baru memulakan kerjaya,
Hasil kegigihan dan displin, beliau berjaya menyimpan RM100 sebulan
Ini bermakna jika dikira tanpa dividen, pemuda itu berjaya menyimpan RM36,000 pada usia bersara (55 tahun)
Apa akan jadi sekiranya beliau menagguhkan untuk menyimpan,
(pengiraan tanpa meliputi dividen),
Jika beliau memulakan menyimpan RM100 sebulan pada usia 35 tahun beliau sekadar menyimpan RM24,000
Manakala jika beliau memulakan menyimpan RM100 setiap bulan pada usia 45 tahun beliau hanya mendapat RM12,000
Mengikut kajian 100 orang yang berusia 25 pada hari ini, apa yang terjadi apabila sampai di usia emas mereka :
1 % : Hidup kaya raya
4 % : Mempunyai status bebas kewangan
5 % : Masih bekerja
27 % : Meninggal dunia
63 % : Hidup sengsara
Kematian adalah ketentuan tuhan kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Namun isu yang utama adakah kita ingin membiarkan nasib kita sentiasa malang sekiranya tuhan memanjangkan umur kita. Oleh yang demikian adakah kita serius merancang kehidupan ketika usia emas kelak.
Jangka hayat hidup yang pendek menyukarkan kehidupan waris. Namun sama juga situasi jika jangka hayat kita panjang, lebih-lebih lagi sekiranya kita hidup dalam kepayahan (dari segi kewangan ataupun kesihatan). Atau setidak-tidaknya adakah kita masih lagi perlu bekerja dengan kudrat umur yang lanjut seperti ketika berumur 20an/30an.
Dan agak dikesali apabila penulis menemui beberapa individu yang tidak ambil kisah dengan perancangan ini dan memikirkan untuk mengharapkan belas ehsan daripada anak atau kaum keluarga lain. Kita perlu ingat, anak-anak akan membesar dan mereka juga memerlukan dana kewangan bagi membiayai kehidupan keluarga mereka sendiri.
Ini menghendaki kita benar-benar serius untuk menyiapkan diri merancang persaraan kita.
 Pokok masalah utama adalah, adakah kita benar-benar telah memulakan perancangan ini?

Ahad, 8 April 2012

Am I Saving Enough?


  • Do I save regularly?
  • Do I save at least 10% of my net income?
  • Have I saved 3 to 6 months of basic living expenses in an emergency fund that is easily available if the cash is needed?
  • Am I saving enough for long-term goals such as a house or my children’s education?
  • When using credit to buy big-ticket items, have I saved enough to make as large a down payment as possible?
  • Am I saving enough for my retirement?
If you’ve answered yes to all of these questions, well done, you are on the right track to achieving financial freedom!

Isnin, 2 April 2012

Elakkan dari berhutang

Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri.
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang.

Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran + Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00 lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5000.00

Pengurusan Kewangan


Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.
Sebanyakmana pendapatan bulanan seseorag jika perancangan dan pengurusan dibuat secara sistematik, ia akan dapati kedudukan kewangannya mencukupi atau mungkin berlebihan.
Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan, pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu berbelanja dengan cara yang tidak bersistem. 
Sesiapa sahaja, jika pendapatan diuruskan dengan bijak kedudukan kewangannya adalah berkeadaan baik atau stabil. Dengan ini satu kaedah diperlukan bagi menguruskan kewangan.